Advertisements

SOP Pelitup Muka Dimansuhkan? Ini Info Yang Perlu Anda Tahu

Advertisements

SOP pelitup muka dimansuhkan? Perkara itu masih dibincangkan dan bakal diketahui minggu depan menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Kementerian Kesihatan akan mengumumkan kelonggaran demi kelonggaran berkenaan SOP pematuhan dan penguatkuasaan selari dengan ke arah fasa peralihan ke endemik dalam masa yang sama mengawal peningkatan kes Covid-19.

Antara kelonggaran yang akan diumumkan termasuklah membabitkan sambutan hari raya tidak lama lagi.

Baca juga: Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan Johor Singapura Disambung Pada 1 Mei

Buat masa ini, Khairy meminta semua rakyat Malaysia terus mengekalkan dan mengamalkan SOP yang berkuatkuasa sementara menunggu pengumuman yang baharu.

“Ada negara anggap bahawa mereka sudah mencapai kemenangan dan segala sekatan serta langkah pencegahan di buang. Akhirnya mereka berdepan gelombang demi gelombang jangkitan baharu.

“Biarlah kita lambat sedikit asalkan kita selamat dan janganlah kita mengulangi kesilapan dari negara lain,” katanya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.