Advertisements

SPA9: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Perkhidmatan Awam SPA

Setiap permohonan bagi penjawatan perkhidmatan awam perlu melalui sistem terbaru SPA9 yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

SPA merupakan suruhanjaya yang telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.

Ini bermakna, selepas negara mencapai kemerdekaan, suruhanjaya ini telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Suruhanjaya

Fungsi suruhanjaya ini di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

  • Melantik
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan
  • Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
  • Menaikkan pangkat
  • Menukar
  • Menjalankan kawalan tatatertib

Permohonan Pekerjaan

Pendaftaran pekerjaan melalui sistem ini hanya terhad kepada permohonan pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Melantik berikut:

i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

  • Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
  • Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
  • Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
  • Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
  • Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)

  • Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

Cara Daftar SPA9

Untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam, individu perlu mendaftar dahulu ke dalam sistem SPA9:

  1. Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login.
  2. Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik ‘Pendaftaran Pengguna.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan:
    – Maklumat Peribadi
    – Maklumat Kelayakan Akademik
    – Maklumat Perkhidmatan
    – Maklumat Bekas Tentera
    – Maklumat Bukan Akademik
  6. Klik pada menu ‘Jawatan Dimohon’ dan isi semua maklumat yang diperlukan.
  7. Buat perakuan pemohon.
  8. Klik butang ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan baharu melalui sistem ini, sila layari https://www.spa.gov.my/spa/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.