Advertisements

SPSP: Cara Mohon Skim Biasiswa Sukan Persekutuan KBS Tahun 2022

TAWARAN SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (SPSP) 2022

Advertisements

Untuk makluman, tawaran bagi Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) kini telah pun dibuka untuk semua pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA). 

Tujuan biasiswa ini diberi adalah untuk membantu para atlet negara yang yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil menceburkan diri dalam arena sukan tempatan. 

Baca juga : PerantiSiswa 2022: Cara Daftar Dan Semak Status Kelayakan

Tarikh Permohonan SBSP Tahun 2022

Tarikh permohonan dibuka mulai:

  • 15 April hingga 30 April 2022

Syarat Permohonan SBSP Tahun 2022

Berikut adalah syarat-syarat permohonan Skim Biasiswa sukan Persekutuan:

  • Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
  • Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:
    • tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.
    • tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
  • Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan. Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan
    • Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.
  • IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.
  • Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.
  • Sihat daripada segi mental dan fizikal.
  • Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
  • Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  • Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Cara Mohon SBSP Tahun 2022

Berikut adalah cara-cara untuk memohon Skim Biasiswa Sukan Persekutuan Tahun 2022:

  1. Layari laman sesawang SBSP di pautan berikut : https://spsb.kbs.gov.my/backend/web/.
  2. Pilih e-Bantuan.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik Hantar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Portal SBSP atau

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Hubungi di talian 03-8871 3548/3546

Baca juga : Cara Mohon Bantuan EFS RM1000 Bagi Bayi Kelahiran Negeri Sarawak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.