Advertisements

Permohonan SPUR 2.0: Skim Pembiayan Usahawan Terkesan COVID-19

Individu yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 dan berminat untuk berniaga, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kini menawarkan pembiayaan untuk menjalankan perniagaan melalui Skim Pembiayan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) 2.0.

SPUR 2.0 adalah inisiatif lanjutan daripada SPUR yang telah diperkenalkan oleh PUNB pada 7 Mei 2021 dalam usaha membantu individu Bumiputera yang ingin dan telah menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan wabak COVID-19.

Antara objektif pelaksanaan SPUR 2.0 adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

Individu yang berminat boleh memohon skim ini daripada pihak PUNB dan permohonan ditutup sehingga keseluruhan pembiayaan telah disalurkan.

Keistimewaan SPUR 2.0

Terdapat 3 keistimewaan SPUR 2.0 yang boleh dinikmati pemohon iaitu:

1. Latihan dan Pembangunan Usahawan- Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.

2. Sewaan Hartanah PUNB- Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan 
yang kompetitif. 

3. Ibra’ Pembiayaan- Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan 
yang baik (tertakluk kepada terma & syarat).

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah maksima sehingga RM100,000.

Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan

Tempoh pembiayaan bagi skim ini adalah sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium.

Kadar keuntungan adalah 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan.

Sektor Perniagaan

Sektor perniagaan yang layak untuk dibiaya menerusi skim ini adalah seperti berikut:

  • Perniagaan dalam bidang peruncitan.
  • Sistem dan automasi.
  • Kesihatan.
  • Hospitaliti.
  • Penggerak perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan dan perkhidmatan penghantaran).
  • Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen).

Namun, terdapat juga sektor peniagaan yang tidak layak dibiaya adalah seperti berikut:

  • Pertanian dan perlombongan.
  • Perumahan dan hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan).
  • Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang dikenakan adalah terbahagi kepada dua iaitu usahawan dan perniagaan.

i) Usahawan

  1. Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
  2. Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon.
  3. Pemohon mestilah pemilik atau pemegang saham utama syarikat/perniagaan.
  4. Pemohon perlulah mengikut format permohonan yang telah ditetapkan di portal SPUR.

ii) Perniagaan

  1. Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi.
  2. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  3. Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
  4. Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
  5. Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
  6. Tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.
  7. Keutamaan diberikan kepada yang telah mula menjalankan perniagaan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.punbbiz.com.my/spur2.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  6. Seterusnya isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat 3 jenis dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa memohon iaitu:

1. Perniagaan Yang Telah Beroperasi
– Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).
– Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan mengikut format yang telah ditetapkan).
– Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
– Gambar berukuran pasport pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (kemas dan berkolar bagi lelaki).
– Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan terkini.
– Pendaftaran syarikat: Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)) dan bagi Sendirian Berhad – Borang 9, 24, 44, 49, 32A, M&A atau Seksyen 17, 78, 46(3), 58, (Sdn Bhd), 105, Perlembagaan atau yang setara.

2. Baru Ingin Memulakan Perniagaan
– Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”).
– Surat /bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020).

3. Video syarikat dan perniagaan (pemohon hanya perlu sediakan pautan). Spesifikasi video adalah seperti berikut:
– Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
– Sumber pautan dari YouTube (video haruslah terus kekal berada di YouTube sehingga keputusan permohonan pembiayaan diperolehi).
– Durasi maksimum video selama 3 minit.
– Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat.
– Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan.
– Keistimewaan produk atau perkhidmatanVideo haruslah kreatif dan menarik.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau menghantar email di [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.