Advertisements

SWEET Pernas: Program Khas Perniagaan Francais Wanita

Advertisements

Wanita yang berminat untuk menceburi perniagaan francais kini boleh mendapat latihan dan pembiayaan menerusi Program Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET) di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Untuk makluman, Pernas ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan untuk membangunkan industri francais Malaysia.

Matlamat utama Pernas ialah untuk membangunkan industri francais dengan menambah bilangan usahawan francais melalui kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkualiti.

Salah satu program yang dilaksanakan untuk menambaha bilangan usahawan francais adalag Program SWEET yang mensasarkan pembangunan usahawan francais wanita.

Mengenai Program SWEET

SWEET merupakan program khas untuk wanita Bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra-francais.

Menerusi program ini, peserta berpeluang mengikuti latihan berstruktur, padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan akan dipantau selama 6 bulan sebaik mereka memulakan operasi perniagaannya.

Jumlah Pembiayaan

Salah satu keistimewaan yang dinikmati menerusi program ini ialah peserta akan mendapat bantuan pembiayaan daripada pihak Pernas.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM500,000 yang berasaskan konsep kewangan Islam iaitu Tawarruq.

Kadar pembiayaan yang ditawarkan tersebut adalah sebanyak 3.75%.

Syarat Kelayakan Peserta

Peserta yang layak memohon untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Peserta mestilah wanita berumur 21 tahun-60 tahun.
  2. Pemegang saham utama syarikat mestilah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat.

Syarat Kelayakan Syarikat

Syarat kelayakan pembiayaan pemegang francais adalah seperti berikut:

  1. Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
  2. Francaisor/Pemegang Francais Induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF).
  3. 100% ekuiti syarikat dimiliki oleh Bumiputera
  4. Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn. Bhd adalah sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja.
  5. Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor Induk/Pemegang Francais Induk.
  6. Perniagaan mestilah patuh Syariah.
  7. Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

Bagi syarat kelayakan untuk pembiayaan Pra-Francisee adalah seperti berikut:

  1. Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
  2. Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd untuk pembiayaan sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM 250,000 sahaja.
  3. Syarikat adalah 100% dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
  4. Mempunyai surat tawaran daripada Pra-Francaisor.
  5. Perniagaan mestilah patuh Syariah.
  6. Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web PERNAS iaitu https://pernas.my/byob/sweet-program/.
  2. Klik butang ‘Click Here to Regsiter.’
  3. Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dalam setiap paparan dan klik butang ‘Next.’
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan klik butang ‘Submit.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program SWEET, sila hubungi pegawai Pernas melalui email [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.