Advertisements

Permohonan SYABAS: Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah

Advertisements

Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) adalah sebuah program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi memacu gerakkan pembangunan ekonomi serta pengukuhan potensi para belia Sabah.

SYABAS merupakan program yang menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan pintar perniagaan kepada para usahawan belia negeri Sabah.

Program ini merupakan inisiatif daripada Ketua Menteri Sabah bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan perniagaan baharu.

Objektif Program

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk:

  • Membantu para belia memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan selepas Pandemik COVID-19.
  • Membantu para usahawan belia yang mempunyai produk untuk dikembangkan operasi perniagaan.
  • Membantu membina para usahawan belia membina rangkaian antarabangsa melalui aktiviti perniagaan eksport/import bagi memampankan perniagaan para belia.

Sasaran Program

Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun.

Kategori Permohonan

Terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan iaitu:

  • Start-up Fund: Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan yang berjumlah RM2,000.
  • Young Developing Creative Business Fund: Dana bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada yang berjumlah RM5,000.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon program ini adalah seperti:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
  2. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
  3. Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  4. Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://syabas.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar’ dan butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan.
  6. Pilih kategori permohonan yang diinginkan.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

i) Start-up Fund

  1. Lesen perniagaan
  2. Penyata akaun bank
  3. Salinan IC
  4. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)

ii) Young Developing Creative Business Fund

  1. 6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerja
  2. Lesen perniagaan
  3. Penyata akaun bank
  4. Salinan IC
  5. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SYABAS, sila layari laman web https://syabas.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.