Advertisements

Bantuan Awal Persekolahan 2022: Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

Advertisements

Melalui Bajet 2022 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ni, kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan antaranya ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diperkenalkan pada tahun 2012 merupakan satu initiatif dalam membantu keluarga yang susah untuk memulakan persekolahan anak mereka.

Ditambahdengan wabak pandemik yang melanda negara, semakin ramai keluarga yang terkesan dari segi ekonomi.

Melalui perbentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan bajet sebanyak RM450 juta untuk diperuntukkan bagi program BAP tersebut yang bakal memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.

Baca juga: Belanjawan 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan

Syarat Kelayakan BAP 2022

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Cara Memohon BAP 2022

Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Diskaun PTPTN Hingga 15% Mulai 1 November 2021 (Bajet 2022)

Kadar Bantuan

Jumlah wang yang akan diberikan adalah sebanyak RM150, kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding RM100.00 tahun sebelumnya.

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022.

Kaedah Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

ATAU

Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan info lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.