Advertisements

Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022

Advertisements

Tawaran Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022 kini dibuka untuk permohonan khusus kepada anak jati negeri Sabah.

Tajaan ini dibuka bagi pelajar bakal mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.

Tajaan ini selari dengan objektif penubuhan Yayasan Sabah untuk menyediakan kemudahan pendidikan dan pendidikan untuk semua rakyat Malaysia di Sabah.

Jenis Biasiswa Dan Tajaan

Berikut merupakan jenis biasiswa dan tajaan daripada Yayasan Sabah:

  1. Biasiswa
    • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
    • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
    • Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
    • Biasiswa Ulum Islamiah
    • Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
    • Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
    • Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Biasiswa IPTA/IPTS
    • Biasiswa Pelancongan/Perhotelan
  2. Dermasiswa
    • Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM
    • Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
  3. Pinjaman Pengajian – Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa /Biasiswa.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 Kini Dibuka

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau
  2. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau
  3. Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.

Syarat Kelayakan Akademik

Selain perlu memenuhi syarat kelayakan seperti di atas, pelajar yang ingin memohon juga perlu menepati syarat kelayakan akademik bagi setiap biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian yang ditawarkan. Sila rujuk pautan syarat kelayakan akademik.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan https://ysedu-online.net.my/.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh melayari pautan http://www.yayasansabahgroup.org.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements