Advertisements

Tawaran Tambang Percuma Kepada OKU Hingga 30 September  

Advertisements

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022, Operator perkhidmatan rel dan bas utama negara, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas.

Tawaran tambang percuma kepada Orang Kurang Upaya (OKU) akan berlansung selama sebulan mulai 31 Ogos (Rabu) sehingga 30 September.

Untuk makluman, inisiatif ini adalah sebagai tanda terima kasih daripada kumpulan Prasarana kepada pengguna OKU yang menggunakan pengangkutan awam ini.

Selain itu, tawaran ini juga adalah bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan golongan OKU.

Baca juga : Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Terengganu

OKU Yang Layak Nikmati Tambang Percuma

OKU yang boleh menikmati inisiatif ini adalah khusus kepada:

  • Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Pemegang kad konsesi OKU MyRapid.

Jenis Perkhidmatan Prasarana

Perkhidmatan Prasarana meliputi semua perkhidmatan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT).
  • Transit Aliran Massa (MRT).
  • Monorel.
  • Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan juga Rapid Mobiliti.

Tempoh Tambang Percuma

Tawaran tambang percuma kepada Orang Kurang Upaya (OKU) adalah selama sebulan mulai:

  • 31 Ogos 2022 hingga 30 September 2022

Cara Mendapatkan Tambang Percuma

Pengguna OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU daripada JKM atau Kad Konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen rel yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL.

‘Token’ khas akan diberikan kepada OKU untuk menikmati tambang percuma selama sebulan.

Menurut Menteri Pengangkutan berdasarkan statistik Prasarana, jumlah purata penggunaan bulanan dalam kalangan OKU bagi perkhidmatan bas dan rel adalah masing-masing seramai 23,527 dan 26,762 orang.

Sementara itu, Presiden Persatuan OKU Sentral turut mengatakan bahawa pemberian tambang percuma itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan menyifatkan perkhidmatan mobiliti sangat diperlukan disebabkan kekangan OKU untuk sampai ke stesen pengangkutan awam.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/995136/oku-dapat-tambang-percuma-sebulan-sempena-sambutan-merdeka

Baca juga : 6 Berita Gembira Diumum PM Untuk Penjawat Awam

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.