Advertisements

Tambang Skypark Link KL Sentral Ke LTSAAS Diturunkan Ke RM3.50

Advertisements

Tambang Skypark Link dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, diturunkan daripada RM10 kepada RM3.50, berkuat kuasa hari ini.

Penurunan tersebut dilakukan selaras dengan pelarasan tambang perkhidmatan tren ekspres kepada kadar tambang perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, penurunan tersebut juga sebagai tanda kerajaan sentiasa komited membantu B40 dan golongan rentan.

“Seperti yang kita ketahui, kos pengangkutan awam adalah faktor ketiga terpenting dalam menyumbang kepada kenaikan mahupun penurunan kos sara hidup rakyat di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Skypark Link KL Sentral ke LTSAAS, hari ini.

Selain daripada penurunan tambang Skypark Link dari KL Sentral ke LTSAAS, kadar tambang konsesi potongan 50 peratus juga terpakai bagi kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun, pelajar sekolah rendah dan menengah, warga emas serta orang kelainan upaya (OKU).

Baca juga: FireFly Dan Malaysia Airlines Tawar 20% Diskaun Tiket Sempena Konvo UiTM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.