Advertisements

Tangan Menggigil Tanpa Sebab, Normal Atau Tidak?

Advertisements

Pasti ada di antara anda yang pernah mengalami tangan menggigil secara tiba-tiba. Keadaan ini seringkali berlaku apabila kita berada di dalam kesejukan.

Namun jika situasi ini berlaku ketika anda berada dalam keadaan yang normal apakah tandanya?

Menurut perkongsian menerusi Halo Doc,  James Bernheimer, pakar neurologi dari The Neurology Center, setiap tubuh manusia mempunyai getaran semula jadi pada setiap masa. Keadaan ini dikenali sebagai getaran fisiologi.

Sebagai contoh, jika anda melunjurkan kedua-dua tangan ke depan, tangan anda pasti akan bergetar sedikit. Jadi, jangan panik jika anda mengalami getaran di tangan anda. Getaran ini boleh menjadi lebih ketara dalam sesetengah situasi seperti:

Kadar gula darah rendah

Saraf dan otot anda dikuasakan oleh gula darah. Gula darah rendah boleh disebabkan oleh diabetes, ubat-ubatan tertentu, ketagih alkohol dan kafein atau tidak cukup makanan.

Gula darah rendah dalam badan boleh mengganggu fungsi otak. Keadaan ini menjadikan anda terdedah untuk mengalami getaran pada badan anda.

Kurang tidur

Kurang tidur boleh menyebabkan anda mengalami getaran dalam badan. Otak tidak berfungsi apabila anda tidak mendapat rehat yang cukup. Malah, badan akan menjana semula sel-sel baru apabila anda berehat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Apabila anda kurang tidur, badan anda akan terus bekerja untuk memastikan anda terjaga dan aktif. Keadaan ini menjadikan jantung bekerja lebih kuat yang meningkatkan risiko badan bergetar lebih kuat.

Perubahan emosi seperti tekanan

Tangan menggigil boleh disebabkan oleh perubahan emosi yang agak kuat. Emosi yang dialami mencetuskan sistem taraf autonomi untuk mencetuskan getaran fisiologi dalam badan. Perasaan gementar, marah, tekanan dan keterujaan yang berlebihan mencetuskan getaran ini. Getaran akan hilang apabila emosi itu hilang.

Pengambilan ubat-ubatan

Tangan menggigil adalah kesan sampingan biasa bagi pelbagai jenis ubat preskripsi. Antara yang paling biasa ialah ubat untuk mood anda, sawan, migrain, neuropathy, dan asma. Sesetengah antihistamin menyebabkan masalah ini juga.

Parkinson

Paling ketara dengan keadaan ini ialah penyakit Parkinson. Getaran merupakan tanda awal penyakit Parkinson. Biasanya, Parkinson terjadi pada orang yang berusia di atas 65 tahun.

Tangan penderita Parkinson akan selalu bergetar meskipun dalam keadaan rehat. Tangan bergetar akan menjadi lebih ketara semasa tekanan atau emosi yang kuat.

Untuk pentahuan anda, kadang-kadang getaran tubuh yang kita rasakan merupakan isyarat daripada badan yang menunjukkan bahawa anda memerlukan rehat, makan, atau perlu mengurangkan kafein dan sebagainya.

Semoga informasi ini bermanfaat buat anda.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.