Advertisements

Tarif Eletrik Dan Air Kekal, Harga Ayam Tidak Diapungkan – PM

Advertisements

Sebelum ini berita mengenai kenaikan tarif eletrik dan air bakal dinaikkan. Selain itu, harga ayam juga bakal diapung kerana kerajaan tidak lagi menyalurkan subsidi kepada penternak.

Bagaimanapun, kerajaan prihatin terhadap keluhan rakyat dan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Dalam sebuah kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Ini bermakna, katanya, pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

Beliau berkata, pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri.

Pada masa sama, katanya, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Beliau berkata, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements