Advertisements

Tarikh Akhir Pemberian Vaksin Covid-19 Dos 1 PICKids Pada 15 Mei 2022

Advertisements

TARIKH AKHIR PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 DOS PERTAMA PERINGKAT KEBANGSAAN (PICKIDS)

Tarikh pemberian vaksin Covid-19 untuk dos pertama di bawah Program Imunisasi Covid Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) telah diputuskan pada 15 Mei ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) telah memutuskan bahawa tarikh pengambilan dos pertama untuk kanak-kanak berusia seawal lima tahun hingga bawah 12 tahun.

Baca juga: Daftar PICKids: Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak

Dengan pengumuman ini, ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima Vaksin Covid-19 perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi Covid-19 sebelum 15 Mei 2022.

Selepas tarikh ini, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia.

Manakala vaksin Coronavac pula hanya diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022.

Bagi kanak-kanak yang tidak cukup usia 5 tahun pada 15 Mei 2022 boleh boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan mendaftar dalam Aplikasi MySejahtera.

Manakala bagi ibu bapa yang sudah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.

Namun bagi ibu bapa yang bersetuju untuk di vaksinkan akan diberikan tarikh janji temu sebelum tarikh akhir dos pertama.

Ibu bapa haruslah mendaftarkan anak mereka di dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei 2022 untuk divaksinasi Covid-19.

Sehingga 12 April 2022, seramai 1,371,120 atau 38.6% kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dan 195,865 telah menerima dua dos vaksin dengan purata pemberian vaksin dos pertama sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari lalu.

Baca juga: KKM Lulus Vaksin Convidecia CanSino Sebagai Dos Penggalak

Sumber : Twitter KKM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.