Advertisements

Tarikh Akhir Pemberian Vaksin PICKids Dilanjutkan Ke 31 Mei

Advertisements

Program PICKids adalah satu program vaksinasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama dengan jenis vaksin yang digunakan adalah Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

Terbaharu, tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin PICKids ditunda kerana mengambil kira sambutan Aidilfitri dan cuti kelepasan am yang jatuh pada tarikh akhir pemberian vaksin serta penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai vaksinasi PICKids

Tarik Tutup Pendaftaran Vaksinasi PICKids

Tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera pada 8 Mei dikekalkan dan tempahan janji temu tidak akan lagi diterima selepas tarikh tersebut.

Selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi ditawarkan vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids. Mereka perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta.

Baca juga: Permohonan BSN MyHome/i: Skim Pembiayaan Rumah Pertama

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Akhir Pemberian Vaksin PICKids Dos Pertama

Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dilanjutkan dari 15 Mei kepada 31 Mei depan.

Bermula 16 Mei hingga 31 Mei, vaksinasi dos pertama bagi kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun akan diberikan di Klinik KKM secara walk-in selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022.

Bagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei dan memilih tarikh vaksinasi sebelum atau pada 31 Mei, mereka boleh meneruskan janji temu yang dipilih.

Manakala, ibubapa yang memilih tarikh vaksinasi selepas 31 Mei, janji temu dalam aplikasi MySejahtera akan terbatal secara automatik.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.