Tarikh akhir pos barang untuk sampai sebelum raya bagi tahun ini sudah diumumkan oleh perkhidmatan penghantaran di Malaysia.
Jadi bagi anda yang masih mencari-cari persiapan raya seperti kuih, pakaian atau hiasan rumah yang dibeli secara atas talian pastikan anda membuat pembelian sebelum tarikh yang ditetapkan.
Ini bagi mengelakkan barangan yang ditempah oleh anda tidak sampai sebelum hari perayaan yang pastinya meriah tahun ini.
Berikut adalah tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bermula.
PosLaju
Bagi syarikat PosLaju, mereka mengesyorkan barangan mesti dihantar sebelum tarikh di bawah untuk sampai sebelum hari raya.
- 25 April
- Semenanjung Malaysia – Malaysia Timur (Sabah / Sarawak)
- Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia
- Dalam Malaysia Timur
- 27 April 2022
- Dalam Semenanjung Malaysia
NOTA: Barangan yang dipos selepas tarikh yang disyorkan di atas akan hanya dihantar selepas 5 Mei 2022.

Baca juga: Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan Mulai 18 April
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
DHL Malaysia
Bagi syarikat kurier DHL, tempoh operasi sempena Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:
- 23 April 2022 (Ke Malaysia Timur)
- 27 April 2022 (Lain-lain lokasi di Malaysia Barat / Semenanjung)
Penutupan operasi: 2-4 Mei 2022

Semoga notis yang dipaparkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat.