Advertisements

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Kepada Penjawat Awam Dan Pesara 2022

Advertisements

Bayaran bantuan khas kewangan penjawat awam dan pesara 2022 telah pun diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2022 tempoh hari telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk dibayar kepada sejumlah 1.3 penjawat awam dan sejuta pesara.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khai­rul Adib Abd. Rahman menerusi laporan terkini di Utusan Online.

Menurut beliau, surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan sudah diterima pihaknya kelmarin.

Secara umum, bayaran terbabit adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh mencabar ini.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Kadar Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dan Pesara sebanyak RM700 manakala Bantuan Pesara Kerajaan adalah sebanyak RM350.

Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Bayaran Bantuan Khas

Seperti tahun-tahun sebelum ini bayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada bulan Januari 2022.

Untuk makluman tarikh yang lebih spesifik, sila rujuk Jadual Gaji Penjawat Awam 2022 & Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk di saluran berikut :

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.