Advertisements

Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober

Bila tarikh buka sekolah 2021?

Menurut kenyataan media dari Menteri Pendidikan sebentar tadi, sekolah akan kembali dibuka 3 Oktober nanti.

Sesi PdPR bagaimanapun akan diteruskan sehingga 3 Oktober.

Dan berikut dikongsikan SOP pembukaan semula sekolah rendah, menengah dan swasta.

SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober

Pembukaan semula sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa PPN setiap negeri seperti berikut:

FASA 1

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja

FASA 2

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
  • Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah

FASA 3

  • Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko

FASA 4

Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.

Sistem Penggiliran

Pembukaan sekolah ini mengikut sistem penggiliran iaitu:

  • Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
  • Kapasiti kelas dihadkan kepada 50%
  • Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan

Ada beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan fasa-fasa berikut:

  • Murid bekerperluan khas
  • Murid Ting 6 / Peperiksaan
  • Murid sekolah asrama sepenuhnya
  • Murid kelas peperiksaan
  • Murid sekolah tadika 4-6 tahun
  • Sekolah kurang murid

Tarikh Buka Sekolah 2021

Berikut adalah tarikh pembukaan semula sekolah mengikut fasa PPN negeri masing-masing:

Fasa 1

  • Sekolah rendah: Semua murid PdPR
  • Sekolah menengah: Semua murid PdPR

Fasa 2 – Sekolah Rendah

  • Murid lain PdPR
  • MBK di SKPK & PPK — hadir tanpa penggiliran

Fasa 2 – Sekolah Menengah

  • Murid lain PdPR
  • Murid tingkatan 6 sem 2, IBD tahun 2 dan program pra universiti sem 3 di sekolah sukan malaysia hadir tanpa penggiliran
  • MBK di SMKPK / SMPKV & PPKI hadir tanpa penggiliran
  • Murid kelas peperiksaan antarabangsa hadir tanpa penggiliran

Fasa 3 – Sekolah Rendah

  • MBK di SKPK & PPKI hadir tanpa penggiliran
  • Murid lain PdPR
  • Murid prasekolah / tadika swasta hadir tanpa penggiliran

Fasa 3 – Sekolah Menengah

Fasa 4

Lanjutan Sesi Persekolahan Mac 2022

Sementara itu, Dr Radzi turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.

Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.

SOP Persekolahan 2021

Berikut SOP terkini sesi persekolahan 2021

  • Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)
  • Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
  • Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
  • Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.
  • Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.
  • Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
  • Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.
  • Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor di bawah:

  • 03-8884 5020
  • 03-8884 5336
  • 03-8884 5022
  • 03-8884 5122

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.