Bilakah tarikh buka sekolah yang ditetapkan bagi setiap fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)? Mungkin ada yang masih keliru kerana tak semua negeri berada di fasa 4.
Pada 8 November, lima lagi negeri akan beralih ke Fasa 4 PPN membuatkan hampir semua negeri telahpun beralih ke Fasa 4 kecuali negeri Sarawak dan Kelantan sahaja yang masih di bawah fasa 3 PPN.
Apabila sesuatu negeri tu beralih ke fasa baharu, pengoperasian sekolah di setiap fasa akan berbeza. Rujuk SOP pembukaan sekolah mengikut fasa PPN (Terkini) di bawah ini:
FASA 1
Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR.
FASA 2
Hanya kelas peperiksaan yang akan dibenarkan ke sekolah.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
FASA 3
Semua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.
FASA 4
Semua institusi pendidikan dibuka SEPENUHNYA dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.
Tarikh Buka Sekolah Bagi Negeri Yang Baru Beralih Ke Fasa 4

Pada 08 Nov 2021 (Isnin) yang lepas, negeri Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Sabah telah pun beralih dari fasa 3 ke fasa 4 PPN. Oleh itu sekolah sudah pun boleh beroperasi dengan sepenuhnya seperti di bawah:
Tarikh Operasi Sekolah:
- 21 Nov 2021 (Ahad) – Kedah
- 22 Nov 2021 (Isnin) – Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah
Murid Terlibat
- Sekolah Menengah – Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
- Sekolah Rendah – Tahun 1 hingga tahun 6, serta kelas peralihan.
Kehadiran Murid Mengikut Tarikh
21/22 (Ahad/Isnin), 2 minggu selepas beralih ke fasa 4.
- Sekolah Menengah – Tingkatan 3 dan Tingkatan 4
- Sekolah Rendah – Tahun 1,2 dan 3 (Tahap 1).
28/29 (Ahad/Isnin), 3 minggu selepas beralih ke fasa 4.
- Sekolah Menengah – Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
- Sekolah Rendah – Tahun 4, 5 dan 6 (Tahap 2)
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik #COVID19 (JKKPP) yang dipengerusikan PM @IsmailSabri60 hari ini setuju peralihan Fasa #PPN bagi negeri-negeri berikut berkuatkuasa 8 November 2021:
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) November 5, 2021
✅ Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah ke Fasa 4#ReopeningSafely#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/kbUf64AeG6
Penggiliran Murid Ke Sekolah
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KPM akan melaksanakan sistem baharu yang melibatkan hanya 50% kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.
Rujuk Pengoperasian sekolah sepenuhnya di sini: SOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN
Sumber: Sinar Harian