Advertisements

Tarikh Cuti Penggal Sekolah / Cuti Akhir Tahun 2021

Advertisements

Anda boleh rujuk kalendar cuti umum Persekutuan / Negeri serta cuti penggal persekolahan yang dilampirkan dalam artikel ini bagi memudahkan perancangan cuti akhir tahun anda nanti.

Tarikh Cuti Penggal Sekolah / Cuti Akhir Tahun 2021

Berikut merupakan perincian takwim persekolahan untuk tahun 2021 bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Jadual Lengkap Cuti Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan A
Negeri-negeri Kumpulan A termasuklah semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Cuti Akhir Tahun 2021 bagi Kumpulan A : 10 Disember 2021 – 31 Disember 2022

Jadual Lengkap Cuti Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan B
Negeri-negeri Kumpulan B termasuklah semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cuti Akhir Tahun 2021 bagi Kumpulan B : 11 Disember 2021 – 31 Disember 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

cuti sekolah 2021

Berikut pula dilampirkan bersama Takwim Cuti Perayaan Tahun 2021 KPM di bawah:

Anda juga boleh merujuk kalendar kuda 2021 (Disember) di bawah:

Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.

Semoga perincian cuti sekolah dan tarikh perayaan yang dimaklumkan ini dapat memberi panduan kepada semua untuk merancang aktiviti tahunan pada tahun 2021 nanti.

Anda juga boleh merujuk jadual percutian dari Tourism Malaysia ini untuk merancang percutian anda bagi tahun 2021.

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan / Negeri 2021

Nak tengok dengan lebih jelas boleh muat turun fail PDF di bawah:

JADUAL-CUTI-UMUM-PERSEKUTUAN-NEGERI-2021 Download
Tarikh Pengoperasian Sekolah 2022
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Dr Radzi turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.
Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.
Tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman dan menguasai topik-topik yang ketinggalan pada tahun ini akibat wabak.
Manakala, murid Tahun 1 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022.
cuti sekolah akhir tahun 2021

Pengumuman berkenaan tarikh akhir sesi 2021 akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat nanti.

Ayuh rancang percutian anda lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dan jangan lupa patuhi SOP ok.

Selamat bercuti!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.