Advertisements

Tarikh Cuti Penggal Sekolah Dan Tahun Baru Cina 2022 (CNY)

Advertisements

Tarikh cuti umum dan negeri serta perkara-perkara cuti masih tertakluk kepada pindaan rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Maklumat dalam artikel ini akan disemak secara berkala dan sekiranya terdapat perubahan, maklumat akan dikemaskini dengan kadar segera memandangkan Takwim 2022 KPM masih belum diedarkan secara rasmi.

Tahun Baru Cina atau Chinese New Year bagi tahun 2022 dijangka akan disambut pada 1 Februari 2022 (Selasa) dan 2 Februari (Rabu).

Kedua-dua hari ini merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.

Tarikh 1 Februari ini juga merupakan Hari Wilayah dan merupakan cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Tarikh Tahun Baru Cina 2022
Senarai Cuti Bulan Februari 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1 Februari 2022 (Selasa) : Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
1 Februari 2022 (Selasa) : Tahun Baru_Cina -Semua Negeri
2 Februari 2022 (Rabu) : Tahun Baru_Cina (Hari Kedua) – Semua Negeri

Apa Itu Tahun Baru Cina?
Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda.

Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

NOTA:

Buat masa ini, belum ada lagi Takwim Persekolahan 2022 yang dikeluarkan oleh KPM.

Namun, anda boleh rujuk Kalendar 2022 di sini : Takwim 2022: Tarikh Cuti Sekolah KPM & Kalendar Kuda

Maklumat lanjut takwim persekolahan terkini KPM : https://www.moe.gov.my/en/calendar

Harap Maklum.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.