Advertisements

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2021 Dan Penangguhan Urusniaga

Advertisements

Dividen ASB 2021 sememangnya ditunggu-tunggu pengumumannya setiap tahun. Sama ada untung atau rugi bagi terutamanya bagi yang membuat ASBF.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB maklumkan bahawa badan terbabit akan melaksanakan penangguhan urusniaga ASB bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.

Ini bermakna, tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021 ataupun boleh melakukan sebarang aktiviti seperti semakan baki, dividen dan lain-lain melalui MYASNB.

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Baca juga: Skim Saraan Bercagar (SSB): Cagaran Rumah Bagi Pendapatan Bulanan

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2021

Pengumuman Pengagihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 akan disiarkan secara langsung pada 23 Disember 2021, jam 9.45 pagi di laman Facebook Rasmi PNB.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.