Advertisements

Tarikh Peperiksaan SPM 2021 Sesi Kedua Bermula 5 April-19 Mei Ini

Advertisements

Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi kedua untuk seluruh negara telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dalam satu kenyataan hari ini.

Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan tarikh untuk Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis peperiksaan SPM 2021 sesi kedua pada 5 April hingga 19 Mei 2022.

Dalam kenyataan tersebut memaklumkan bahawa peperiksaan SPM sesi kedua ini bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada 8 Februari hingga 29 Mac 2022 akibat positif Covid-19 dan terkesan akibat banjir serta kes-kes yang mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan.

“LP ingin mengingatkan semua calon yang terlibt dengan peperiksaan SPM sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan dan kertas peperiksaan mulai 1 April,” jelas LP dalam kenyataan tersebut.

Untuk calon yang ingin mengetahui tentang jadual waktu peperiksaan SPM sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh didapati melalui pautan http://lp.moe.gov.my.

Sumber: Twitter Radzi Jidin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements