Advertisements

Tarikh Peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) 2022

Advertisements

Tarikh Peperiksaan SPM Ulangan 2022 akan dilaksanakan pada 12 sehingga 14 Sept menurut Lembaga Peperiksaan (LP).

SMP Ulangan 2022 akan melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Justeru itu, semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Selain itu, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Jadual Peperiksaan SPM Ulangan 2022

Jadual peperiksaan boleh dirujuk melalui pautan Jadual Peperiksaan SPMU 2022.

Baca juga: Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2022 Yayasan Terengganu

Cara Mendaftar Peperiksaan SPM Ulangan

Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya atau calon juga boleh melayari pautan Lembaga Peperiksaan untuk selanjutnya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Bayaran

Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM dan SPMU adalah seperti berikut:

  • Bayaran Asas: RM20.00
  • Bayaran Mata Pelajaran
    – 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
    – Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
    – Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00
  • Bayaran Calon Lewat: RM150.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  1. Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
  2. Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.