Advertisements

Tarikh Surat Tawaran Haji 2022, Syarat Dan Kos Terlibat

Advertisements

Tabung Haji telahpun mengumumkan kuota ibadah haji iaitu seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini.

Jumlah ini adalah 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Jumlah tersebut berkurang berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada majlis pengumuman jumlah kuota haji Malaysia bagi 1443H hari ini.

Tarikh Surat Tawaran Haji 2022

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran bagi menunaikan ibadah haji mulai Isnin ini dan 14,306 bakal jemaah terpilih perlu menjawab dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Sesiapa yang terpilih mestilah bersedia dari memenuhi syarat kelayakan haji 2022 yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi selain persediaan wang, paspot dan dokumen yang diperlukan sebelum menerima tawaran tersebut.

Syarat Haji 2022 oleh Arab Saudi

Berikut dikongsikan syarat-syarat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2022.

  1. Mesti berusia 65 tahun ke bawah
  2. Tidak mempunyai penyakit kronik
  3. Mempunyai sijil vaksinasi COVID-19
  4. Perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas

Kesemua syarat yang ditetapkan bertujuan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kos Tunai Haji 2022

Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1443H/2022M

  • RM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40
  • RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40

TH masih memberi Bantuan Kewangan Haji secara bersasar kepada jemaah haji yang merangkumi kos secara tidak langsung, antaranya ialah:

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

.

Baca juga: Cara Daftar i-Saraan KWSP 2022 Dan Terima RM250 Caruman Tambahan

Penerbangan Pertama Haji 2022

Penerbangan pertama jemaah Malaysia yang bakal menunaikan haji dijadualkan pada 1 Mei.

Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji

Untuk makluman, bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi tabung haji https://www.tabunghaji.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.