Advertisements

Permohonan Tauliah Mengajar Negeri Selangor

Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) akan membuka permohonan tauliah mengajar di negeri tersebut tidak lama lagi.

Untuk makluman, MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Antara fungsi majlis ini adalah membantu dan menasihati DYMM Sultan Selangor berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:

Kategori PermohonanTarikh Permohonan
Memperbaharui tauliah (tamat pada 30 Jun 2023)24 Februari 2023
Permohonan Baharu1 Mac 2023

Kategori Tauliah

Tauliah ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016 yang terbahagi kepada 4 iaitu:

  • Kategori D 1: Tauliah Berceramah
  • Kategori D 2: Tauliah Mengajar Fardhu Ain
  • Kategori D 3: Tauliah Mengajar Al-Quran
  • Kategori D 4: Tauliah Khas (Contoh: Pengurusan Jenazah/Perbandingan Agama/Perbankan Islam/Motivasi)

Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah

Sesiapa yang mengajar/berceramah tanpa tauliah adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi 3 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Namun, Seksyen ini tidak diguna pakai bagi individu yang mengajar/berceramah di kediamannya sendiri untuk anggota keluarganya.

Garis Panduan

Pemegang tauliah perlu memenuhi garis panduan tersebut:

  1. Memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias dan tidak membawa fahaman/ajaran salah.
  2. Berakhlak mulia dan amanah.Berakhlak mulia dan amanah.
  3. Menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan taqwa mereka kepada Allah s.w.t.
  4. Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.
  5. Mematuhi undang-undang Negara atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jawatan kuasa dari semasa ke semasa.
  6. Mendapat sokongan berceramah dari Ketua Jabatan/majikan masing-masing.
  7. Tidak boleh menyentuh mana-mana parti politik.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui Perkhidmatan Digital Pengurusan Tauliah Mengajar Negeri Selangor di pautan http://etauliah.mais.gov.my.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan tauliah mengajar Negeri Selangor, sila layari laman web https://www.jais.gov.my/ atau https://www.mais.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.