Advertisements

MyPAC & Zakat Pulau Pinang Tawar Tajaan Program Perakaunan Profesional

Advertisements

Untuk makluman, permohonan tajaan Program Perakaunan Professional FIA-ACCA telah dibuka!

MyPAC dan Zakat Pulau Pinang telah menawarkan tajaan pengajian penuh untuk Program Perakaunan Profesional MyPAC FIA-ACCA.

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2021 yang bermastautin di Pulau Pinang dan berkelayakan, inilah peluang anda untuk membuat permohonan.

Baca juga : MAIWP- Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Sehingga RM1000

Tarikh Permohonan

Permohonan di buka mulai 27 Jun 2022 hingga 1 Julai 2022

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian dalam Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA adalah selama 4 tahun pengajian.

Manakala kemasukan pelajar dalam program pengajian ini adalah pada bulan Julai 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pelajar :

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Pulau Pinang
  • Umur tidak melebihi 19 tahun
  • Minimum 5A dalam SPM termasuk Matematik dan B untuk Bahasa Inggeris
  • Berada dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan)

Cara Memohon

Permohonan untuk menyertai Program Perakaunan Professional FIA-ACCA adalah seperti berikut :

  1. Sila layari pautan berikut  https://forms.gle/7BAqw9RXtRZkznBv8.
  2. Baca syarat permohonan yang ditetapkan.
  3. Tekan butang ‘Next.’
  4. Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan betul.
  5. Tekan butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Kelebihan Permohonan

  • Program ini ditaja sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang termasuk elaun bulanan.

Info Lanjut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tajaan Program Perakaunan Profesional MyPAC FIA-ACCA, sila hubungi di talian 012-919021 atau layari laman web berikut mypac.org.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements