Advertisements

Tawaran Bantuan Kemasukan Ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai

GERAN BANTUAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGIYAYASAN SEJAHTERA KULAI

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Sejahtera Kulai telah menawarkan geran bantuan permohonan bagi pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS).

Untuk makluman, Yayasan Sejahtera Kulai adalh sebuah Organisasi Bukan Kerajaan yang telah diillhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor bagi mewakili Kerajaan Negeri Johor dalam membantu rakyat dalam lingkungan tadbiran MPKu.

Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat, boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup pada 14 September 2022 iaitu hari Rabu jam 3.00 petang.

Baca juga : iBantuan Terengganu Bagi Ibu Tunggal, OKU Dan Pence Rakyat Secara One-Off

Bantuan Terhad

Bantuan Kemasukan Ke IPT ini adalah sangat terhad kepada:

  • 30 orang penerima Diploma
  • 30 orang penerima Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima jumlah bantuan ‘one-off’ seperti berikut:

  • Program Diploma : RM300.00
  • Program Ijazah Sarjana Muda : RM800.00

Syarat Umum Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
  3. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).
  4. Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  5. Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.
  6. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.
  7. Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.
  8. Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.
  9. Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  10. Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.
  11. Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
  12. Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
  13. Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.
  14. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Memohon

Sila dapatkan borang permohonan di Pejabat Yayasan, laman Facebook Yayasan atau layari laman web di pautan berikut https://drive.google.com/…/1CK4cl…/view…

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen Sokongan

Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan sepert:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan/ sijil kelahiran isi rumah.
  • Salinan slip gaji/ bukti pendapatan isi rumah.
  • Salinan SPM/ Matrikulasi/ STPM/ STAM.
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT.
  • Salinan kad OKU (jika berkenaan).
  • Salinan rekod kesihatan / temujanji hospital (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Untuk mngetahui dengan lebih lanjut mengenai Geran Bantuan Belajar Ke IPT, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07 6605348

Baca juga : Permohonan Bantuan Zakat UniSZA 2022 Kini Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.