Advertisements

Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi & Sijil Kemahiran MAINS

Advertisements

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka tawaran kepada anak-anak asnaf dan Fisabilillah MAINS untuk memohon Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran.

Tawaran ini terbuka kepada mereka yang layak yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi atau peringkat Sijil Kemahiran.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenari bantuan ini.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini:

Anak-Anak Asnaf MAINS

  • Ibu/bapa adalah asnaf fakir atau miskin yang berdaftar dengan MAINS
  • Calon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Calon menerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta ; atau
  • Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta.

Fisabilillah

  • Beragama Islam
  • Lahir dan menetap di Negeri sembilan atau bermastautin / menetap di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Menerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta atau
  • Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan / swasta.

Cara Mohon

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan dengan mengisi borang di pautan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI / SIJIL KEMAHIRAN MAINS

Baca juga: Cara Mohon Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan (PSLK MAINS)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan mestilah dihantar bersama-sama dengan documen di senaraikan di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / penjaga
  • Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungjawab pemohon
  • Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungan pemohon
  • Salinan Sijil Nikah / Surat Cerai / Sijil Kematian jika berkaitan
  • Salinan Bil Air/ Bil Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.
  • Salinan surat pengesahan belajar TERKINI dari IPTA / IPTS berkaitan.
  • Salinan Buku Akaun / Penyata Akaun Bank (milik pemohon yang aktif).
  • Salinan slip gaji terkini / pengesahan pendapatan (pemohon / Ibubapa)
  • Semua salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid / Pengerusi Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.

Borang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke kaunter pejabat MAINS Daerah.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh melayari laman sesawang MAINS di http://www.mains.gov.my atau hubungi talian 06-7620642/43/45.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.