Advertisements

Tawaran Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 Yayasan Sultan Iskandar

Advertisements

Pelajar lepasan ijazah dan ingin menyambung pengajian pascasiswazah dipelawa untuk memohon Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 Yayasan Sultan Iskandar.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai biasiswa ini.

Kadar Biasiswa

Pelajar yang ditaja akan menerima biasiswa berbentuk:

  • perbelanjaan sara hidup
  • yuran pengajian
  • elaun buku dan tesis

Pelajar yang menerima biasiswa ini tidak terikat dengan yayasan selepas tamat pengajian dan bebas untuk mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta tetapi mereka digalakkan untuk bekerja di sektor awam di Malaysia setelah berjaya menamatkan pengajiannya.

Bidang Pengajian

Berikut merupakan bidang pengajian yang ditaja menerusi biasiswa ini.

  • Matematik
  • Kejuruteraan
  • Sains
  • Undang-Undang

Syarat Kelayakan

Pelajar yang ingin memohon biasiswa ini mestilah memenuhi kriteria di bawah:

  1. Berumur di bawah 40 tahun.
  2. Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Ijazah Atas Kelas Kedua atau 3.50 PNGK pada Ijazah Pertama untuk Sarjana dan PNGK tidak kurang daripada 3.50 pada peringkat Sarjana untuk Ph.D.
  3. Pemohon mesti boleh mendapatkan cuti belajar jika mereka bekerja dan mengemukakan surat daripada majikan mereka untuk mengesahkan perkara ini.
  4. Pemohon mestilah telah ditawarkan tempat untuk membuat pengajian pasca siswazah di universiti tempatan pada bila-bila masa tahun ini (2022). Mereka yang telah bermula sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.
  5. Tidak menerima biasiswa/pinjaman/bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan KLK 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.ysij.org.my/borang-permohonan.
  2. Borang permohonan yang lengkap mestilah dihantar menggunakan pos bersama setem RM1.20 dan sampul surat 16cm x 23cm ke alamat:

The Executive Secretary
YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR
Rumah Johor, JKR 1255
Jalan Carruthers,
Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 15 Ogos 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 Yayasan Sultan Iskandar Johor, sila layari laman web https://www.ysij.org.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements