Advertisements

Tawaran Biasiswa Penuh FGV Kepada Pelajar Lepasan SPM 2021

Advertisements

Tawaran biasiswa penuh FGV kepada pelajar lepasan SPM 2021 khususnya kepada Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA kini dibuka melalui Program Global Digital Leadership 2022.

Tajaan biasiswa penuh ini merupakan komitmen FGV dalam menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Biasiswa Penuh FGV ini.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Pelajar yang layak akan ditawarkan bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2022 dan akan mendapat kemudahan seperti:

  • Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  • Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian
  • Kemudahan penginapan
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme (IEP)
  • Neuro Linguistic Programming (NLP)

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang mesti dipenuhi oleh pelajar:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021
  • Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA / Anak petugas FELDA & Kumpulan FELDA
  • Lepasan SPM Tahun 2021
  • Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik

Cara Memohon Biasiswa Penuh FGV

Pelajar yang berkelayakan boleh memohon dengan mengimbas Kod QR atau pautan seperti di bawah:

a) Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA
https://tinyurl.com/3dym6phk

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

b) Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA
https://tinyurl.com/mryvpypk

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh permohonan adalah pada 29 JUN 2022 jatuh pada hari Rabu.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi

  • Norhana : Bahagian Latihan Yayasan FELDA) : 016-491 0711
  • Shahrul : (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA) : 013 – 260 1304
  • Laman sesawang: http://www.feldaglobal.com

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements