Advertisements

Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu (SPC)

Advertisements

TAWARAN BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU (LEPASAN SPM 2021) BAGI PERINGKAT ASASI & DIPLOMA UNIVERSITI AWAM DALAM NEGARA

Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bakal menyambung pengajian bagi peringkat Asasi dan Diploma di Universiti Awam boleh memohon biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu.

Berikut dikongsikan info tentang Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Tahfiz SM IMTIAZ Kemaman

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 27 Julai 2022 hingga 4 Ogos 2022

Syarat Permohonan

SYARAT UMUM

  • Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Terengganu atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau
    surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KHUSUS

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. PENGAJIAN DALAM NEGARA
    • Peringkat Asasi / Diploma
      • Lulus SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred (A+, A atau A-) dalam 8 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik di peringkat Peperiksaan SPM.
      • Telah menerima tawaran di pusat pengajian persediaan (Asasi/Diploma) di Universiti Awam.

Kaedah Permohonan

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login

Permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik semua dokumen yang diperlukan.

Ujian Bertulis Dan Temuduga

Calon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Bertulis & Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.

Keputusan Tawaran

Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Info Lanjut

sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 09-6221733

Baca juga : KPM- Permohonan Kemasukan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEF)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements