Advertisements

Tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 Dibuka Mulai 1 Jun

Advertisements

Tawaran Biasiswa TNB Prime kini dibuka untuk permohonan kepada pelajar lepasan SPM 2021. Pelajar dipelawa untuk mengisi maklumat pemohon ke dalam sistem permohonan YTN.

Jenis Biasiswa Yang Ditawarkan

Biasiswa yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  • Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara.
  • Peringkat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN- Kemasukan Sem 1, 2022/2023 (Sept 2022)
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam (Tawaran TIDAK DIBUKA buat masa ini)

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Biasiswa TNB Prime bakal menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian seperti berikut:

TNB Prime di Luar Negara

Pengambilan 2022

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Kejuruteraan (Renewable Energy)
  • Kejuruteraan (Kimia)
  • Data Sains

TNB Prime di UNITEN

Pengambilan 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Sains Komputer
  • Pemasaran Sumber Manusia / Keusahawanan

TNB Prime di Universiti Awam 
(tiada tawaran dibuka buat masa ini)

Pengambilan 2021 :

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat (Pengkhususan dalam Bidang Data Sains & Analitik, Bisnes Analitik dan yang berkaitan)
  • Sains Aktuari

*Bidang pengajian terkini akan dimaklumkan akan apabila tawaran 2022 dibuka kelak

Baca juga: Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022 Kini Dibuka

Syarat Kelayakan Permohoanan Biasiswa TNB Prime

Pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

Syarat-syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  • Calon berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTN.
  • Calon mestilah aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  • Pemohon tak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :

TNB Prime Luar Negara

Lulus peperiksaan SPM dengan pencapaian minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperoleh minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

TNB Prime UNITEN

Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

TNB Prime Universiti Awam

Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50, atau Lulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/ PNGK 3.50.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP 2022)

Cara Memohon Biasiswa TNB Prime

Permohonan boleh dibuat melalui di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional di bawah:

https://ytn.tnb.com.my/

Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa buat semakan di portal permohonan YTN dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pelajar yang berjaya akan dihubungi menerusi SMS atau e-mel.

Tarikh Permohonan

Permohonan biasiswa TNB Prime mula dibuka pada 1 Jun 2022 untuk mengisi maklumat permohonan ke dalam sistem YTN sementara menunggu keputusan rasmi SPM 2021.

Permohonan hanya boleh dihantar secara online selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.