Advertisements

Tawaran Biasiswa UTMNexus Untuk Pelajar PhD

Advertisements

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat PhD untuk memohon Biasiswa UTMNexus.

Biasiswa ini ditawarkan kepada calon yang cemerlang dalam bidang akademik serta berpotensi dalam menyumbang kepada bidang Penyelidikan dan Inovasi di UTM.

Pelajar yang ditaja akan menerima tajaan seperti di bawah:

  • Tajaan yuran pengajian bagi Semester 1 hingga 6.
  • Elaun bulanan sebanyak RM2,250 untuk 36 bulan.

Justeru, pelajar perlu menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik sepanjang pengajian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Biasiswa UTMNexus ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat PhD mestilah juga memenuhi syarat-syarat permohonan di bawah:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun daripada tarikh permohonan.
  • Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke Program Doktor Falsafah (sepebuh masa) bagi semester 1 2022/2023 sebelum 30 September 2022.
  • Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan pengajian daripada mana-mana syarikat, yayasan, agensi kerajaan, atau badan penaja.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dalam program Sarjana.
  • Permohonan juga dibuka kepada pelajar baharu program PhD (Fast-Track) UTM Semester 1.

Tarikh Permohonan

Permohonan Biasiswa UTMNexus akan dibuka mulai 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan di pautan pendaftaran biasiswa UTMNexus.

Rujuk panduan permohonan UTMNexus di sini: https://sps.utm.my/scholarship/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa UTMNexus, sila hubungi Sekolah Pengajian Siswazah di talian 07-5537816/37769 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements