Advertisements

Tawaran Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang

DISKAUN 40 PERATUS UNTUK BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Advertisements

Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang kepada peminjam-peminjam bersempena ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Pahang (1982 – 2022).

Diskaun sebanyak 40 peratus ini akan diberikan kepada peminjam yang dapat menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Untuk makluman, pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.

Sejak penubuhannya sehingga kini (1982 – 2021), Yayasan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan bagi manfaat 1.684 juta orang penerima di seluruh Pahang.

Baca juga: Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022

Mengapa Kempen Diskaun 40% Dilaksanakan?

Kempen ini dilaksanakan adalah sebagai tanda kerprihatinan Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu para peminjam menyelesaikan baki pinjaman.

Sekali gus membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Pahang berpeluang membuat pinjaman dengan Yayasan Pahang bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Selain itu, kempen diskaun 40% ini dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam-peminjam yang terkesan akibat penularan COVID-19 sejak 2 tahun lalu serta ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Baca juga: Tawaran Biasiswa Pinjaman Pengajian Kerajaan Negeri Sarawak

Tempoh Kempen Diskaun 40%

Untuk menikmati diskaun 40%, peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman pengajian secara penuh mulai :

  • 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022.

Cara Semak Penyata Pinjaman Yayasan Pahang

Untuk mendapatkan Penyata Pinjaman dan Jadual Bayaran Balik secara atas talian di laman web rasmi Yayasan Pahang atau terus ke pautan https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Berikut dikongsikan panduan untuk membuat semakan penyata:

Langkah 1:

Sila log masuk id pengguna dan kata laluan menggunakan nombor kad pengenalan peminjam.

  • contoh : 890603065194

Langkah 2:

Langkah 3:

Langkah 4:

Langkah 5:

Langkah 6:

Langkah 7:

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Diskaun 40% bayaran balik pinjaman, sila hubungi nombor di talian berikut:

  • 09-5181800 / 09-5181885 / 09-5181886/ 09-5181882 / 09-5181883 / 09-5181898 / 09-5181820.

Baca juga :

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements