Advertisements

Maxis eKelas – Tawaran Geran Anugerah Gemilang eKelas 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Maxis telah memperkenalkan sebuah Anugerah Gemilang eKelas untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Anugerah Gemilang eKelas adalah sebuah inisiatif dalam bentuk Geran Pelajar yang direka khas untuk mengiktiraf usaha pelajar selain memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Disini dikongsikan info lanjut mengenai Tawaran Geran Pelajar Anugerah Gemilang 2022.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Sesi 2022

Kadar Geran Anugerah Gemilang eKelas

Geran Pelajar akan diberi dalam bentuk simpanan berjumlah RM600 dan RM1,200 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN Plus oleh PTPTN untuk penerima anugerah.

Tempoh Permohonan

Permohonan Geran Anugerah Gemilang eKelas tahun 2022 telahpun dibuka pada 1 Disember 2022 dan akan berakhir pada 31 Januari 2023.

Syarat Asas Pemohonan

Berikut adalah syarat asas yang membolehkan pemohon layak untuk memohon antaranya:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pemohon adalah pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • Pemohon telah berdaftar dalam portal eKelas sebagai “Pelajar” sebelum 31 Januari 2023
  • Pemohon seorang pelajar dari keluarga B40 (pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan)

Kriteria Pemilihan

 Penilaian anugerah ini dibuat berdasarkan 2 perkara:

  1. Peningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/Percubaan SPM 2022 yang dibandingkan dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2021.
  2. Peningkatan dalam keputusan ujian Penilaian Akhir eKelas yang dibandingkan dengan keputusan ujian Pra-Penilaian eKelas.

Pemohon perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred atau mengekalkan gred A, contohnya:

  • Gred E meningkat ke D
  • Gred D meningkat ke C
  • Gred C meningkat ke B
  • Gred B meningkat ke A
  • Gred A kekal di Gred A

Pemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih di Maxis, dan kriteria tahun 2022 mungkin berlainan dengan tahun sebelumnya. Semua keputusan akhir adalah hak jawatankuasa ini.

Cara Permohonan

Ikuti langkah-langkah permohonan dibawah:

  • Daftar masuk ke dalam portal eKelas di pautan https://www.ekelas.com.my/.
  • Klik menu “Competition” kemudian klik “Anugerah Gemilang”
  • Ambil ujian Pra-Penilaian dan Akhir yang terdapat dalam bahagian modul di bawah laman tersebut.
  • Isi borang permohonan Anugerah Gemilang.
  • Muatnaik semua dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

 Pemohon perlu memuatnaik:

  1. Tangkapan skrin laman profil di portal eKelas. Pastikan nama pemohon, tarikh daftar portal dan jumlah mata portal jelas kelihatan.
  2. Tangkapan skrin keputusan Pra-Penilaian dan Penilaian Akhir eKelas untuk kesemua subjek dalam portal eKelas.
  3. Keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 2021.
  4. Keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/peperiksaan percubaan SPM tahun 2022.

Nota: Dokumen hendaklah mempunyai pengesahan daripada salah satu individu iaitu Ahli Parlimen/ ADUN/ Ketua Kampung/ Ketua JKKK/ Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/ Pengetua Sekolah/ Jaksa Pendamai/ Pesuruhjaya Sumpah.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Geran Anugerah Gemilang eKelas, sila layari laman sesawang di pautan https://www.ekelas.com.my/.

Baca juga : Tawaran Program Khas Biasiswa Sagong Tasi Negeri Selangor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.