Advertisements

UBES – Tawaran Geran Perniagaan Usahawan Belia Sehingga RM5,000

Advertisements

HEBAHAN PENCARIAN PERANTIS USAHAWAN BELIA SEJAHTERA (UBES)

Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan membuat mengambilan perantis Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES).

Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memberi peluang kepada warga belia dan beliawanis tempatan agar memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Program ini juga turut memberi fokus kepada belia dan beliawanis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat IPTA/IPTS dan berminat untuk menceburi / mengembangkan perniagaan sedia ada.

Ikuti perkongsian dibawah mengenai maklumat lanjut dan panduan membuat permohonan Program UBES.

Baca juga : Permohonan Khas Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Politeknik 2022/2023

Tempoh Tutup Permohonan

Permohonan Program Perantis Usahawan Belia Sejahtera (UBES) akan dibuka sehingga:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Tarikh Tutup :28 Ogos 2022 (Ahad) Jam 12.00 malam

Keistimewaan Program

Antara keistimewaan mengikuti program ini adalah:

  • Latihan Keusahawanan dan Bimbingan Dalam Perniagaan
  • Geran Peralatan sebanyak RM5,000.00
  • Geran Pembangunan Perniagaan sehingga RM2,000.00
  • Coaching / Pemantauan Perniagaan

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  1. Bumiputera, Islam dan rakyat Terengganu
  2. Berminat menjadi usahawan sepenuh masa
  3. Berumur 18 – 35 tahun
  4. Sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi
  5. Kelayakan pendidikan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hendaklah menyediakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa (Jika Berkaitan)
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  3. Gambar Pemohon.
  4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) (Jika Berkaitan).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Program Perantis Usahawan Belia Sejahtera (UBES) pemohon perlu mendaftarkan permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai prpgram perantis UBES ini, sila hubungi di talian 09-6242424 (Bahagian Pembangunan Usahawan)

Baca juga : Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements