Advertisements

Tawaran Global Maybank Apprentice Programme (GMAP)

Advertisements

Sukacita dimaklumkan Maybank menawarkan satu program bagi graduan iaitu Global Maybank Apprentice Programme (GMAP).

Program GMAP ini adalah satu program bekerja sambil belajar selama 2 tahun secara giliran di jabatan-jabatan di dalam Maybank dan 6 bulan tugasan luar negara.

Apa yang menarik, pelan hala tuju program GMAP ini dipadankan dengan matlamat kerjaya anda.

Melalui program ini, anda boleh terokai dan tingkatkan mutu kepimpinan anda dalam projek khas seluruh kumpulan.

Anda boleh berinteraksi dengan senior dan mentor yang ditugaskan untuk membantu anda dalam kerjaya anda sepanjang perjalanan GMAP anda.

Program ini tidak terhad kepada graduan sahaja dari disiplin perniagaan tetapi juga menarik graduan dari pelbagai latar belakang akademik.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program GMAP ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan Permohonan

Graduan yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan di bawah:

  1. MANA-MANA ijazah sarjana muda
  2. Kurang daripada 2 tahun pengalaman bekerja
  3. Seorang pemimpin dalam apa jua cara, bentuk atau bentuk
  4. Berkomunikasi dengan berkesan
  5. Kemahiran analisis yang munasabah
  6. Pelajar tahun akhir digalakkan memohon

Baca juga: Tawaran Program PROTEGE Maybank Bagi Graduan IPT

Cara Memohon GMAP

Hantar resume lengkap anda bersama resume video YouTube selama 2 minit yang menyatakan sebab mengapa anda adalah calon yang paling layak untuk dipilih ke [email protected]

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Global Maybank Apprentice Programme (GMAP) ini, sila hubungi +603-2070 8833 atau emel kepada [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.