Advertisements

Jawatan Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang- Minima PMR

Advertisements

Sukacita dimaklumkan, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) mengalu-alukan anak Negeri Pahang yang berumur 18 tahun keatas dengan memilikan kelayakan akademi serendah PMR untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan di PKZP sebelum tarikh tutup permohonan.

Pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon, boleh ikuti perkongsian maklumat lanjut mengenai jawatan kosong ini.

Baca juga : Elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) Dinaikkan

Tempoh Permohonan

Tarikh tutup permohonan kedua-dua jawatan kosong ini adalah pada 30 September 2022.

Senarai Jawatan Kosong Yang Ditawarkan

Berikut terdapat dua (2) jawatan kosong yang ditawarkan oleh PKZ Pahang seperti :

  1. Pembantu Pegawai Zakat (Tetap)
  2. Pemandu (Kontrak)

Syarat Kelayakan Am

Berikut merupakan syarat kelayakan am seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang

Syarat Kelayakan Akademi

1. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT ( TETAP – LELAKI 3 )

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat:
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
    • Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah;
  • Lulus Matematik atau Akaun.
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama / Perakaunan / kemahiran penggunaan media sosial.

2. PEMANDU ( KONTRAK – LELAKI 1 )

  • Memiliki Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat:-
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu;
    • Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam;
    • Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D (memiliki lesen GDL diutamakan); dan
    • Berkebolehan memandu, mengenali dan menyelenggara kenderaan berkenaan.

Nota : Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan PKZ Pahang.

Cara Memohon

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web
    www.zakatpahang.my
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan di alamat :
    • Pengurus Besar Kanan
      Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
      No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP,
      Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti :

  1. Resume diri,
  2. Sekeping gambar ukuran pasport,
  3. Salinan kad pengenalan pemohon,
  4. Sijil lahir pemohon, ibu dan bapa,
  5. Sijil-sijil kelayakan akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang diakui sah.

Nota : Sila tulis nama jawatan yang dimohon pada sebelah kiri sampul surat.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jawatan kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang, sila rujuk di laman web https://www.zakatpahang.my

Baca juga : Elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) Dinaikkan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.