Advertisements

Tawaran Jawatan Kosong Kontrak Di Yayasan Terengganu 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan, Yayasan Terengganu menawarkan beberapa jawatan kosong kepada anak kelahiran Negeri Terengganu.

Pemohon yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dialu-alukan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Terengganu.

Pemohon yang berminat dan berkelayakan, boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web Yayasan Terengganu.

Disini kami kongsikan info lanjut mengenai tawaran jawatan kosong dan cara untuk membuat permohonan.

Baca juga : JKM Beri Bantuan Am Persekutuan Sehingga RM350 Mulai Oktober

Tempoh Permohonan

  • Tarikh Buka Permohonan : 22 SEPTEMBER 2022 (Khamis)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 28 SEPTEMBER 2022 (Rabu)

Syarat Am Lantikan

Berikut adalah syarat am lantikan jawatan yang ditawarkan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan bagi rakyat Negeri Terengganu sahaja.
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Senarai Jawatan Kosong Yang Ditawarkan

  1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
  2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
  3. RENJER HUTAN GRED G19
  4. PENGAWAS HUTAN GRED G11
  5. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
  6. WARDEN KHAS

Kadar Gaji Yang Diberikan

Kadar gaji atau elaun yang akan ditawarkan adalah sebanyak RM1500.00 hingga RM1828.00 sebulan mengikut jawatan yang ditawarkan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan :

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian sahaja di pautan berikut : https://ytklik.terengganu.gov.my .
  2. Klik pada “Permohonan Baharu @ Daftar Akaun”
  3. Klik pada “Belum Daftar?”
  4. Sila isi maklumat pendaftran akaun yang disediakan.
  5. Klik pada “Daftar Akaun”
  6. Kembali semula ke “Home”
  7. Masukkan “No Kad Pengenalan” dan klik “Semak”.
  8. Isi maklumat yang dikehendaki dengan tepat dan lengkap.
  9. Muat naik dokumen sokongan.
  10. Klik “Hantar”.

Perhatian : Kegagalan memuat naik dokumen boleh menyebabkan permohonan tidak lengkap/ditolak serta terbatal.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai jawatan kosong di Yayasan Terengganu, sila emel ke [email protected] .

Baca juga : Elaun Bantuan Sara Hidup Veteran ATM Tidak Berpencen Dinaikkan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.