Advertisements

Tawaran Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 2022

Advertisements

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperolehi Keputusan Senat Universiti bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai Permohonan Jawatan Pegawai Pekhidmatan Pendidikan.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Pahang Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4 2022)

Tempoh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai :

  • 27 Mei 2022 (Jumaat)

Tarikh permohonan ditutup pada :

  • 30 Jun 2022 (Khamis)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan lantikan :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • jawatan;
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan;
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Permohonan Yang Tidak Layak

Graduan Pendidikan yang TIDAK LAYAK MEMOHON adalah seperti berikut:

  • Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Guru Interim;
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP);
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;
  • Seorang bankrap;
  • Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

Cara Permohonan

Berikut merupakan panduan untuk membuat permohonan :

  • Memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/)

Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat. 

Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut pilihan yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD.

Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup iklan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sila klik link www.spp.gov.my/ms/login

Baca juga : MARA: Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.