Advertisements

Tawaran Melanjutkan Pengajian ASASI UniSHAMS Di Bawah Tajaan LZNK

Advertisements

Tawaran melanjutkan pengajian ASASI UniSHAMS di bawah skim agihan pendidikan LZNK kini dibuka untuk permohonan bagi tahun 2022 kepada calon-calon lepasan SPM 2021.

Tajaan pengajian LZNK ini adalah pengajian di peringkat Asasi sahaja, tidak seperti tajaan LZNK di UniSHAMS pada tahun 2021 yang lalu yang menaja pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bidang pengajian

Tajaan peringkat ASASI UniSHAMS ini hanya menaja bagi bidang pengajian berikut sahaja:

  • Asasi Pengajian Islam
  • Asasi Pengurusan
  • Asasi Sains

Jenis tajaan

Pelajar yang berkelayakan dan berjaya bakal menerima bantuan kewangan bagi perkara-perkara berikut:

  • Yuran Pendaftaran
  • Yuran Penginapan Asrama
  • Elaun Sara Hidup (Bulanan)
  • Yuran Pengajian di UniSHAMS sepanjang tempoh pengajian

Pelajar tajaan yang memperoleh keputusan yang cemerlang juga berpeluang cerah ditawarkan bantuan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.

Syarat Kelayakan

Calon-calon yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Pemohon beragama Islam dan sedang bermastautin / menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
  2. Proses Permohonan kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK untuk sesi pengajian 2022 (bagi pelajar yang belum membuat permohonan)
  3. Terbuka untuk semua bidang pengajian Asasi di UniSHAMS
  4. Permohonan dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-sekurangnya  LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah
  6. Bagi Permohonan Asasi Sains , Keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan
  7. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja

Cara Memohon

Permohonan untuk tajaan pendidikan ini dilakukan secara dalam talian sepenuhnya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Calon yang berminat boleh mula memohon dengan mengisi maklumat anda dalam borang Google Form ini.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses seterusnya.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 3 Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung secara terus dengan Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 013-4592071.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements