Advertisements

Tawaran MRC Scholarship Awards Pelajar IPT & Lepasan SPM

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Tawaran MRC Scholarship Awards untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa ini adalah tajaan Majlis Getah Malaysia atau Malaysian Rubber Council (MRC).

MRC Scholarship Awards ini ditawarkan kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian ijazah sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai biasiswa ini.

Tajaan Yang Diberikan

Pelajar atau graduan yang layak menerikma MRC Scholarship Awards ini akan menerima tajaan seperti berikut:

  • Yuran Pendidikan
  • Elaun Sara Hidup
  • Peluang-peluang Latihan Industri
  • Peluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajian

Bidang Pengajian Layak Memohon

Pelajar atau graduan yang mempunyai bidang pengajian di bawah ini layak memohon:

  • Kejuruteraan – Kimia/Mekanikal/Elektrikal & Elektronik/Perindustrian/Bahan/Tenaga
  • Sains dan Teknologi Polimer
  • Logistik dan Rantaian Bekalan
  • Environmental Studies
  • Ekonomi/Pemasaran/Pengajian Perniagaan/Akaun/Analisa Statistik
  • IT/Sains Komputer/Kejuruteraan Sistem Komputer
  • Sains Data dan Analitik

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar dan graduan yang berminat untuk MRC Scholarship Awards ini perlulah memenuhi syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan.
  2. Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada).
  3. Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS.
  4. Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain.
  5. Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga daripada industri getah adalah dialu-alukan memohon.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Tahun 2022

Cara Memohon MRC Scholarship Awards

Pelajar atau graduan yang memenuhi syarat kelayakan seperti atas boleh membuat permohoan menerusi langkah di bawah:

  1. Layari laman web My Rubber Council.
  2. Daftar akaun menggunakan no kad pengenalan.
  3. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan tadi.
  4. Lengkapkan borang permohonan dengan lengkap dan betul
  5. Hantar permohonan.

Tarikh Permohonan

Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 1 September 2022 sehingga 20 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MRC Scholarship Awards, sila berhubung dengan Cik Nur Lina atau En. Adrian di talian 03-2782 2100 atau menghantar emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.