Advertisements

Tawaran Perkhidmatan Pengendalian Taska KPM 2022 Kini Dibuka

Advertisements

Sukacita dimaklumkan, tawaran Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dibuka.

Oleh itu, semua Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah dipelawa untuk menyertai kursus perkhidmatan ini.

Disini dikongsikan beberapa maklumat mengenai Tawaran Perkhidmatan Pengendalian Taska KPM 2022.

Baca juga : Permohonan Bantuan Khas Taska PEMULIH One-Off RM3000

Tempoh Permohonan

Pengusaha taska boleh membuat permohonan mulai :

  • Tarikh Buka Permohonan : 22 September 2022
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022

Maklumat Penawaran Perkhidmatan

  • Tawaran : Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
  • Anjuran : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Lokasi : Aras 3, Blok E12,  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kompleks E, 62604 Putrajaya
  • Tarikh Lawatan Tapak : 5 Oktober  2022, 3.00 petang (Rabu)
  • Tarikh Tutup : 31 Oktober 2022 sebelum 12 tengahari (Isnin)

Cara Memohon

Bagi pengusaha Taska KPM yang berminat untuk membuat permohonan, sila kemukakan semua dokumen yang diperlukan dan hantar terus ke alamat :

  • Urus Setia Jawatankuasa Pemilihan TASKA KPM,

    UNIT PENTADBIRAN
    CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
    ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E, 
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
    62604 PUTRAJAYA

Dokumen Sokongan

Setiap pengusaha dikehendaki mengemukakan dokumen Profil Syarikat yang mengandungi maklumat berikut :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Latar belakang TASKA.
  • Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA.
  • Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS.
  • Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM
  • Maklumat suntikan Typhoid untuk pengendali makanan
  • Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan borang berhubung tawaran perkhidmatan ini, sila hubungi :

  • Puan Nurul Akmar Rasli (03-8884 6191)
  • Puan Maria Ab Rahman (03-8884 6062)
  • Puan Nadhirah Abd Latiff (03-8884 6095)

Layari juga laman web https://www.moe.gov.my/.

Baca juga : Tawaran Jawatan Kosong Kontrak Di Yayasan Terengganu 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.