Advertisements

Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2022/2023

Advertisements

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor ini.

Kadar Tajaan Yuran

Kadar tajaan yuran tahunan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian dan tertakluk kepada institusi pengajian. Kadar pembiayaan pinjaman pelajaran seperti berikut;

PERINGKAT PENGAJIANKADAR SETAHUN
Sijil Kemahiran (Institusi milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja)RM 4,000.00 – RM 6,000.00
DiplomaRM 2,000.00 – RM 7,000.00
Ijazah Sarjana MudaRM 3,000.00 – RM 8,000.00

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

KELAHIRAN:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada  ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
  • Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita ( pendapatan ibu-bapa bahagi jumlah tanggungan ) kurang RM 3,000.00 Sebulan.
  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia.

PENGAJIAN

  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.
  • Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / seluruh negara adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

PENAJAAN

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN daripada lain-lain penaja atau bantuan  kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara layak memohon.
  • Pelajar  yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan didalam pengajian Pensijilan atau Diploma, tidak layak untuk memohon. Sekiranya pernah menerima pinjaman pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

Tawaran Peringkat Pengajian

Tawaran ini adalah terbuka bagi pengajian peringkat Ijazah / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan SEPENUH MASA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Cara Memohon

Pemohon perlu mengisi borang permohonan pinjaman Yayasan Selangor dengan melayari laman web rasmi Yayasan Selangor apabila iklan tawaran dikeluarkan.

  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
  • Pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Baca juga: Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & YBSTAR Sesi 2022/2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat Yayasan Selangor di talian 03-7669 1100 SAMB. 237/188/162 atau hantarkan surat ke alamat berikut:

BAHAGIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 17, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements