Mengenai Cagamas
Cagamas Berhad (Cagamas), Perbadanan Cagaran Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah dan memajukan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.
Cagamas menerbitkan bon dan sukuk korporat untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada para pemberi pinjaman utama.
Penyediaan kecairan pada kos yang berpatutan kepada para pemberi pinjaman utama pinjaman perumahan telah menggalakkan pemberian pembiayaan rumah yang meluas pada kos yang termampu.
Objektif Program
Program ini adalah bertujuan untuk menawarkan biasiswa bagi anak-anak muda Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Berikut dikongsikan serba sedikit info mengenai Permohonan Program Biasiswa Cagamas.
Baca juga : Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Julai 2022 Kini Dibuka
Kelebihan Biasiswa Cagamas
- Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran pengajian dan yuran asrama.
- Sehingga RM4,000 setahun bagi elaun alat bantuan pembelajaran.
- Sehingga RM6,000 setahun bagi elaun sara hidup.
- Tiada sebarang syarat ikatan perkhidmatan dan tidak perlu membayar balik biasiswa yang diberikan.
- Program latihan.
- Program Mentor.
Tempoh Permohonan Program
Permohonan untuk program biasiswa Cagamas bagi tahun 2022 kini dibuka dan permohonan akan ditutup pada 22 Julai 2022.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Nota : Setiap permohonan program biasiswa ini boleh dilakukan secara online sahaja di laman rasmi program biasiswa ini
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah kriteria-kriteria kelayakan pemohon :
- Warganegara Malaysia berumur bawah 25 tahun
- Mempunyai rekod akademik baik dalam SPM/STPM atau setaraf dengannya (dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
- Pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang ditawarkan.
- Sangat memerlukan bantuan kewangan untuk menyambung pengajian
- Tidak ditawarkan biasiswa atau bantuan kewangan lain dari mana-mana institusi
- Tidak dibatalkan bantuan biasiswa dari mana-mana institusi atas apa-apa sebab.
- Mengikuti bidang-bidang pengajian tertentu di universiti-universiti atau kolej yang disenaraikan oleh pihak Cagamas sahaja
Nota : Tawaran biasiswa ini dibuka untuk permohonan daripada semua pelajar Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Pelajar yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak memohon dengan syarat mereka memenuhi keperluan tersebut.
Senarai Kolej / Universiti Yang Diluluskan
Sila rujuk infografik di bawah untuk mengetahui Institusi Pendidikan Tinggi Awam atau Swasta yang di luluskan :


Senarai Bidang Pengajian Yang Diluluskan
Sila rujuk infografik di bawah untuk mengetahui senarai bidang pengajian yang di luluskan :

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai Program Biasiswa Cagamas, sila hubungi talian 03-2262 1800 atau klik pada pautan ini https://scholarship.cagamas.com.my/bm
Baca juga : Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Secara Online