Advertisements

FutureReady YTAR- Cara Mohon Program Peningkatan Kemahiran Belia B40

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman telah menawarkan Program FutureReady YTAR.

Bagi peserta yang berminat untuk memohon hendaklah segara membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 12 Ogos 2022.

Ikuti perkongsian kami di dalam artikel ini.

Baca juga : Cara Daftar STPM Bagi Pelajar Tingkatan 6/2023 Secara Online

Kelebihan Program

Berikut adalah manfaat yang bakal diterima oleh peserta Program FutureReady YTAR, antaranya:

  1. Pendedahan untuk selesaikan masalah seperti perunding.
  2. Peluang untuk ikuti bimbingan serta jalinkan hubungan bersama ahli korporat profesional.
  3. Tawaran untuk memperoleh geran pendidikan sebanyak RM 150,000

Tarikh Akhir Permohonan

Bagi peserta yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan boleh membuat permohonan sebelum 12 ogos 2022 jam 11.59 malam.

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh peserta:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Merupakan warganegara Malaysia daripada universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian. (YTAR akan mengutamakan pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir, pelajar Sarjana tahun akhir dan graduan menganggur).
  3. Memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi.
  4. Berasal daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah).

Cara Permohonan

Ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan berikut http://bit.ly/FutureReadyMY.
  2. Tekan butang ‘Apply Here.’
  3. Tekan butang ‘Next’ dan isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap.
  5. Tekan butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Tempoh Program

Bagi peserta yang berjaya, mereka bakal menjalani program ini selama 4 bulan iaitu daripada bulan September hingga Disember.

pesertaakan akan didedahkan dengan pelbagai latihan praktikal serta bimbingan secara peribadi untuk mempelajari selok-belok perundingan teknologi moden sepanjang tempoh program.

Di akhir program pula, peserta akan menjalani cabaran kajian kes (case study) di mana mereka akan diminta untuk kemukakan penyelesaian kepada panel hakim yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi dari Accenture Malaysia dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Program FutureReady YTAR, sila layari laman web di pautan berikut https://bit.ly/FutureReadyMY

Baca juga : Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu (SPC)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements