Advertisements

Tawaran Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp

Advertisements

Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) mempelawa pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) untuk menyertai program perakaunan profesional FIA-ACCA.

Program pembiayaan ini memberi peluang kepada graduan untuk mendapat persijilan ACCA, yang diiktiraf di peringkat global untuk mereka meneruskan karier dalam bidang perakaunan.

Objektif program pembiayaan ini adalah bagi meringankan bebanan dan tanggungan keluarga yang kurang berkemampuan untuk anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program pembiayaan ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bumiputera
  2. Berumur tidak melebihi 25 tahun.
  3. Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakauanan dengan minimum PNGK 3.0 daripada universiti yang diakreditasi.
  4. Mendapat pengecualian penuh daripada ACCA.
  5. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.

Cara Memohon

Pelajay yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan https://mypac.org.my/mypac-fia-acca-programme/.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Pembiayaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA Yayasan JCorp, sila hubungi MyPAC di talian 012-9190210.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.