Advertisements

Tawaran Program Perantisan UMW 2022 Bagi Siswazah

Advertisements

Program Perantisan UMW 2022 merupakan salah satu program pembangunan siswazah yang disokong oleh UMW sebagai salah satu inisiatif Jamin Kerja di bawah Bajet 2022.

Program ini menyediakan pengalaman kerja jangka pendek tetapi penuh untuk graduan.

Antara tujuannya ialah untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman kerja peserta, dengan matlamat utama untuk graduan ini memperoleh kemahiran dan pengalaman kerja baharu yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan ketara dalam kalangan bakal majikan.

UMW mengalu-alukan penganggur dan masih belum mendapat pekerjaan untuk menyertai Program Perantisan UMW 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Struktur Program

Graduan yang terpilih akan menyertai program yang terdiri daripada kemahiran insaniah dan Latihan Dalam Kerja (OJT) selama tempoh 6 bulan.

Faedah Program Perantisan UMW 2022

Graduan yang terpilih akan dapat menikmati faedah seperti di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Elaun bulanan RM2,000 (Ijazah) / RM1,500 (Diploma)
  2. Tuntutan perubatan sehingga RM300
  3. Perlindungan Kemalangan Diri Kumpulan (GPA) sehingga RM20,000
  4. Liputan PERKESO

Syarat Kelayakan

Graduan yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur maksimum 30 tahun pada 2022
  3. Tidak bekerja atau menganggur sekurang-kurangnya 6 bulan sejak tamat pengajian
  4. Memiliki ijazah dan diploma dalam bidang:
  5. Pentadbir Perniagaan/HR/Pemasaran/IT
  6. Komunikasi
  7. Perakaunan dan kewangan
  8. Kejuruteraan dalam Mekanikal, Elektronik, Automotif & Kimia
  9. Mendapat PNGK 2.5 dan ke atas
  10. Bersedia untuk bekerja dengan pelbagai anak syarikat dalam Kumpulan UMW

Baca juga: Tawaran Program PROTEGE Maybank Bagi Graduan IPT

Cara Memohon

Graduan yang memenuhi syarat kelayakan di atas boleh membuat permohonan dengan menekan pautan di bawah dan hantar resume terkini anda di dalam pautan tersebut.
https://forms.gle/2mH7yGsmNxqtGxXu5

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi pegawai di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.