Advertisements

Tawaran Program PROTEGE Duopharma Untuk Graduan IPT

Advertisements

Duopharma mempelawa graduan IPT yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menyertai Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) Programme.

PROTEGE Duopharma ini bertujuan untuk membentuk dan membimbing para graduan untuk menjadi lebih kompetitif dan bersedia ke pasaran global.

Program ini akan membantu melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia korporat.

Melalui program ini, graduan akan diserap di dalam program latihan industri bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman kerja yang sesuai sepanjang proses latihan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program PROTEGE Duopharma ini.

Modul Program

Program selama 12 bulan ini meliputi kursus dan ‘on the job trainig’ di lokasi-lokasi Duopharma Biotech Berhad yang terletak di Kuala Lumpur, Bangi, Klang dan Glenmarie

Faedah Program PROTEGE Duopharma

Graduan yang terpilih menyertai program ini akan mendapat faedah seperti di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Elaun latihan RM2,000 sebulan
  • Potongan gaji bagi PERKESO dan EIS
  • Cuti tahunan dan perubatan

Baca juga: Tawaran Program PROTEGE NAFAS Untuk Graduan IPT

Syarat Kelayakan Program

Graduan yang berminat untuk mohon program ini mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan.
  2. PNGK 3.0 dan ke atas
  3. Kemahiran interpersonal yang baik
  4. Umur 26 ke bawah tahun ini

Lokasi Dan Bidang Yang Ditawarkan

Berikut merupakan lokasi-lokasi Duopharma dan bidang yang ditawarkan untuk rujukan graduan:

Duopharma Manufacturing (Bangi) Sdn. Bhd.

  1. Quality Assurance
  2. Engineering
  3. Ethical Specialty Business
  4. Production
  5. Corporate Communication
  6. Regulatory Affairs
  7. Human Resource

Duopharma (M) Sendirian Berhad (Klang)

  1. Quality Assurance
  2. Purchasing
  3. Quality Control
  4. Label Room/Sterile

Duopharma Biotech Berhad (KL Office)

  1. Legal & Company Secretary

Duopharma HAPI Sdn. Bhd. (Glenmarie)

  1. Quality Assurance

Cara Memohon

Graduan yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan degan menghantarkan resume anda ke [email protected].

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan program PROTEGE Duopharma ini akan ditutup pada 7 Oktober 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai program PROTEGE Duopharma ini sila hubungi 03-89242251 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.