Advertisements

Tawaran Program PROTEGE NAFAS Untuk Graduan IPT

Advertisements

Nafas mempelawa graduan IPT yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menyertai Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) Programme.

PROTEGE NAFAS ini bertujuan untuk membentuk dan membimbing para graduan untuk menjadi lebih kompetitif dan bersedia ke pasaran global.

Program ini akan membantu melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia korporat.

Melalui program ini, graduan akan diserap di dalam program latihan industri bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman kerja yang sesuai sepanjang proses latihan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program PROTEGE NAFAS ini.

Faedah Yang Diberikan

Graduan yang menyertai program PROTEGE NAFAS ini akan mendapat faedah program seperti berikut:

  • Elaun sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Cuti tahunan 8 hari.
  • Cuti sakit 8 hari.
  • Bil perubatan RM200 (semasa latihan).
  • Caruman Perkeso & SIP.

Modul Program

Graduan yang terpilih akan menjalani tempoh latihan selama 8 bulan meliputi:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • 2 minggu kursus ‘soft skill.’
  • Selebihnya ‘On the Job Training.’

Tempat Latihan

Tempat latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • NAFAS HQ
  • Syarikat Subsidari NAFAS

Syarat Kelayakan PROTEGE NAFAS

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh graduan ialah graduan mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda.

Jurusan Yang Layak Memohon

Graduan yang mengambil jurusan berikut layak memohon program ini:

  • Akaun/Kewangan/Pelaburan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pemasaran/Perniagaan Tani
  • Pengurusan Peruncitan/Logistik
  • Pengurusan Sains Perladangan
  • Undang-Undang
  • Teknologi Maklumat/Multimedia
  • Kejuruteraan
  • Sains Pertanian/Pengeluaran Ternakan/Pertenakan Haiwan/Hortikultur
  • Komunikasi Korporat
  • Corporate Secretarial

Baca juga: Tawaran program PROTEGE Sime Darby Pengambilan 2022/2023

Cara Memohon

Graduan yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan dengan menghantar resume kepada [email protected]

Tarikh Permohonan

Permohonan program ini dibuka sehingga 20 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program PROTEGE NAFAS ini, layari http://nafas.com.my/ dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • En Faizal Afzan: 03-61441231
  • Cik Norathirah: 03-61442084

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.